Monday 11 May 2015

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN JIKA INGIN HAMIL

Assalam & Hi semua! Hari tu saya ada share sikit pasal makanan2 yang boleh meningkatkan kesuburan..Boleh rujuk ENTRY ni.. Hari ni pulak nak cerita pasal perkara2 yang kita perlu elakkan jika ingin hamil..OK..jom teruskan membaca...





>> KAFEIN 
Kurangkan atau pendek kata elakkan la daripada minum/ pengambilan kafein, kerana kadar pengambilan kafein yang tinggi boleh mengurangkan kesuburan wanita
 

>> DADAH / UBAT-UBATAN SINTETIK 
Ubatan sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan. 
Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik. Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.


>> NIKOTIN 
Ramai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan). Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil.


>> ALKOHOL
Tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim. Pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan. Selain itu, ia mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. 


>> MANDIAN AIR PANAS 
Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.


>> PEMBERSIH ALAT SULIT WANITA 
Cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan.


>> DIET 
Elakkan mengawal diet secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan.


>> BERAT BADAN TIDAK IDEAL 
Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi. 
Berat badan berlebihan (overweight) pula boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan.


>> PEMAKAIAN SELUAR DALAM YANG KETAT 
Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.


>> TERLALU AKTIF BERSUKAN/AKTIVITI FIZIKAL 
Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal. Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada. 


Jangan khuatir.. Selain ikut panduan di atas, InsyaAllah Furmon juga boleh bantu stabilkan hormon dalam badan & seterusnya membantu meningkatkan kesuburan. 
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Furmon, boleh la whatsApp kami..013-6988727 - ROSE





No comments:

Post a Comment