Tuesday 26 May 2015

INFO : Jangan simpan 5 makanan ini dalam peti sejuk

Assalam & salam mesra.. 
Hari ni nak share pasal makanan2 yang tak sesuai disimpan dalam peti sejuk..Kebanyakan orang sangka bahawa semua makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk. Ada juga yang berpendapat bahawa makanan yang sudah lama disimpan di peti sejuk masih boleh dimakan.
Namun, ada beberapa makanan yang sebaiknya tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana ia boleh merosakkan kandungan khasiat di dalamnya. Berikut adalah lima makanan yang sebaiknya tidak disimpan di dalam peti sejuk.


1. Bawang
Menyimpan bawang yang dikupas di dalam peti sejuk boleh mempercepatkan pembusukan bawang. Jika anda terpaksa melakukannya, simpan bawang dalam bekas yang boleh ditutup.
2. Semangka
Jabatan Pertanian Amerika membuat kajian bahawa semangka akan kehilangan beberapa antioksidan (likopen dan beta-karoten) jika disimpan di dalam peti sejuk.
"Antioksidan dalam makanan rentan terhadap degradasi jika ia tidak disimpan dengan betul," kata Desiree Nielsen, seorang ahli pemakanan di Vancouver.
3. Aprikot, pisang, kiwi, persik, plum dan mangga
Pusat Pengeluaran dan Pemasaran Kanada mengatakan bahwa aprikot, pisang, kiwi, persik, plum dan mangga hanya perlu diletakkan di atas meja. Dengan cara itu, buah-buahan tersebut masih dapat mempertahankan khasiatnya.
4. Tomato
Jangan letakkan tomato di dalam peti sejuk! Kenapa? Suhu yang dingin boleh membuat isi tomato menjadi empuk.
5. Kentang
Kentang harus diletakkan dalam tempat yang gelap dan kering. Anda boleh meletakannya di dalam beg kertas. Mengapa kertas? Kertas tidak akan membuat kentang cepat busuk. Dan mengapa tidak meletakkannya dalam peti sejuk? Menyimpan kentang di suhu dingin boleh mengubah isi kentang menjadi gula, yang dapat mempengaruhi rasa dan tekstur kentang.  
So, mulai harini, boleh la kita tukar habit kita yang semua mende nak sumbat dalam fridge..hihihi...
Selitan iklan...untuk PROMOSI SPECIAL FURMON & PRODUK2 LAIN, taip PM PROMO MEI & send ke 013-6988727.. Chiow



Saturday 23 May 2015

PROMOSI TERKINI!

Assalam & Hye readers.. Entry ni cume nak promot je.. Promosi terkini yang baru je pihak HQ buat untuk bulan Mei.. 





Promosi ni valid sampai 31 Mei 2015 sahaja ye... Kalau minat nak order atau nak tanya lebih lanjut, boleh la whatsapp akak ...013-6988727 - Kak Rose
 

Thursday 21 May 2015

Bagaimana nak tau keberkesanan Furmon??,

Assalam  & salam kesuburan.. Hahaha..kemain lagi.. 
Ok..Sekarang saya nak minta korang baca tajuk tu..
..
..
..
Dah baca? Haa..soalan tu la antara soalan yang biasa customer tanya.. 
Jawapan : Lepas kita sapu furmon dalam kuantiti yang betul, biasanya akan rasa 'sesuatu' kat bahagian ari2 atau bahagian rahim tu..Korang maybe akan rasa sama ada berdenyut2, perut rasa menegang atau mengeras, rasa perut macam ada angin atau rasa macam tak selesa tapi tak tau nak klasifikasikan sebagai apa.. Tak sakit tapi tak selesa.. Tapi jangan risau, tu tandanya korang dah sapu dalam kuantiti sapuan yang betul.. Kalau korang dah sapu, tapi langsung tak rasa apa2, maybe korang sapu krim tu terlalu sikit kuantitinya. So untuk sapuan seterusnya, sila lebihkan sikit kuantiti sapuan tu ye.. Kita faham niat untuk berjimat tu, tapi jangan salahkan produk kalau ia tak memberi apa2 kesan kat korang.. Sudahnya nanti, duit je habis, kesannya takde..rugi je kan? :(

Soalan seterusnye ialah : Berapa banyak krim kene sapu tu??
Jawapan : Untuk 1st timer, sila sapu macam kuantiti seperti gambar kat bawah ni ye...Kalau masih takde rase apa2 kesan, tambahkan sikit lagi kuantitinya untuk next sapuan..



Cukup dulu untuk kali ni.. Sebarang soalan boleh la wsp sy kat +60136988727 - Kak Rose.. 
Wassalam =)



Tuesday 12 May 2015

PENTING KE HARI SUBUR / OVULASI???

Assalam & Salam Sejahtera..

Entry kali ni macam santai sket...(santai ke?? kihkih)..Sekadar secubit pencerahan kepada sebilangan kecil wanita yang masih belum tahu atau maybe kurang alert tentang ni..

Macam biasa..straight to the point ...





Ok..untuk entry ni, ketepikan kejap pasal masalah kesuburan.. Perkara terpenting yang korang perlu tahu, kebarangkalian tertinggi untuk korang berjaya hamil ialah apabila hubungan intim suami isteri dilaksanakan pada waktu subur.. Walau sesubur mana pun diri kita atau semahal mana pun produk kesuburan yang kita guna tu, kalau kita tak 'bersama' suami pada waktu subur tersebut, maka chances untuk hamil tu tersangat rendah atau bolehla dikatakan sebagai impossible... **tapi walau apa pun, semuanya atas izin Allah jua..

Sebaiknya, buat pengiraan waktu subur berdasarkan tarikh period.. Atau kalau nak lagi mudah, beli je Ovulation Prediction Kit (OPK)..OPK ni kit penentu hari subur.. Cara nak guna tu nanti kita cerita kat entry lain ye.. Banyak jual kat farmasi2...Tapi kalau nak beli dengan harga lebih murah, boleh beli dengan pihak kami..Klik untuk HARGA OPK dari pihak kami . InsyaAllah OPK ni boleh bantu untuk predict kan bila hari subur kita walaupun haid agak tak teratur setiap bulan..

Saya ada 1 pengalaman nak kongsi.. Ada sorang customer Furmon ni..Memang dia tak pernah ambil tahu pasal hari subur sampai lah dia beli Furmon & dekat flyer yang kami poskan tu ada info cara penggunaan OPK tu kan..So ada sekali ni, dia WhatsApp saya lewat malam mintak tolong kirakan hari subur..Sama ada perlu atau tak perlu dia 'bersama' suami dia pada malam tu..Fuhhh..besar juga tanggungjawab yang saya pikul masa tu..salah kira buruk padahnya..antara hidup & mati ni..kahkah..saya pun tanya la tarikh haid dia untuk beberapa bulan sebelum untuk tengok purata & kebetulannya hari tu memang hari subur die..hahh kau!! Haha.. Maka saya & korang semua yang tengah baca ni pun tau la yang die memang 'bersama' dengan suami die pada malam tu...Kellasssss customer aku...direct sungguh...:D..Tapi takpe, kalau dengan saya, tak perlu malu2..hihi..yang paling best nye, next month nye dia whatsApp lagi bagitau yang dia dah tak datang period & disahkan hamil..Wow! Alhamdulillah rezeki dari Allah...Saya cuma tolong jual Furmon + tolong kira hari subur + share info je..Selebihnya memang usaha + Doa dari korang sendiri + ketentuan dari Allah yang Maha Esa..

Kesimpulan yang saya nak bagitau ialah, ya, pengiraan hari subur tu memang penting untuk merancang kehamilan..sama ada nak hamil atau tak nak hamil..

Ok..itu je untuk kali ni..Semoga bermanfaat..Kalau nak tanya apa2, silalah whatsApp saya ye...013-6988727 - Rose..kalau korang lahir selepas tahun 1982, bolehla panggil Kak Rose..hihihi

Monday 11 May 2015

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN JIKA INGIN HAMIL

Assalam & Hi semua! Hari tu saya ada share sikit pasal makanan2 yang boleh meningkatkan kesuburan..Boleh rujuk ENTRY ni.. Hari ni pulak nak cerita pasal perkara2 yang kita perlu elakkan jika ingin hamil..OK..jom teruskan membaca...





>> KAFEIN 
Kurangkan atau pendek kata elakkan la daripada minum/ pengambilan kafein, kerana kadar pengambilan kafein yang tinggi boleh mengurangkan kesuburan wanita
 

>> DADAH / UBAT-UBATAN SINTETIK 
Ubatan sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan. 
Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik. Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.


>> NIKOTIN 
Ramai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan). Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil.


>> ALKOHOL
Tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim. Pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan. Selain itu, ia mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. 


>> MANDIAN AIR PANAS 
Suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.


>> PEMBERSIH ALAT SULIT WANITA 
Cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan.


>> DIET 
Elakkan mengawal diet secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan.


>> BERAT BADAN TIDAK IDEAL 
Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi. 
Berat badan berlebihan (overweight) pula boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan.


>> PEMAKAIAN SELUAR DALAM YANG KETAT 
Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki.


>> TERLALU AKTIF BERSUKAN/AKTIVITI FIZIKAL 
Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal. Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada. 


Jangan khuatir.. Selain ikut panduan di atas, InsyaAllah Furmon juga boleh bantu stabilkan hormon dalam badan & seterusnya membantu meningkatkan kesuburan. 
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Furmon, boleh la whatsApp kami..013-6988727 - ROSE





Friday 8 May 2015

Pantang larang penggunaan Furmon...Ambil perhatian!

Assalam & salam sejahtera kepada readers yang sudi singgah sini..Tajuk atas tu macam menakutkan pulak ye..kihkih..takde la takut sangat pun..saje je tu..Tapi ape pun, tajuk ni memang penting especially untuk korang yang tengah guna & yang bercadang untuk guna Furmon ni..


Ok straight to the point.. Sebenarnya takde pantang larang apa2 pun dari segi bab makanan ke atau tingkah laku harian ke cumeeeeenyeeeeeee......perlu minum air kosong yang mencukupi setiap hari untuk bantu khasiat Furmon dapat diserap dengan baik oleh badan kita & melancarkan proses nyahtoksin ..Badan kita perlukan 8-10 gelas air sehari walaupun kita tak ambil apa2 suplemen kan? Inikan pulak bile dah ambil suplemen..tekak kita mungkin tak rasa haus or nak minum tapi hakikatnya badan kita yang perlukan air..jangan biar badan kita kekurangan air ye..kesian badan kat badan...:(

Okeh..itu je untuk entry kali ni..
Nak info lanjut Furmon? Klik je SINI
Nak info harga produk2? Klik SINI pulak
Nak order or nak tanya apa2? WhatsApp 013-6988727





Testimoni Terkini Furmon

Assalam & Selamat sejahtera kepada korang yang singgah kat blog ni..Hari ni rase nak update beberapa testimoni Furmon.. Kami memang suke share testimoni supaya semua customer & bakal2 customer rasa semangat & tak sekali2 rasa putus asa..coz melalui testimoni2 ni, korang akan nampak ade orang lain yang alami masalah lagi  hebat dari korang tapi Alhamdulillah sembuh @ berjaya hamil berkat doa + kesabaran yang tinggi...Satu je nak pesan, segala macam suplemen & ubat2an ni cume sebagai perantaraan..selebihnye segala kesembuhan dan rezeki itu semestinye hanya dari MAHA PENCIPTA kita YANG SATU..So kepada kesayangan sekalian, jangan terlalu khuatir kalau belum bercahaya mata..semua kejadian ade hikmahnye..tugas kite cume ikhtiar + doa + tawakkal + jaga hubungan baik dengan ALLAH + PASANGAN + IBU BAPA + SAUDARA MARA + KAWAN2...InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan =)











Untuk pertanyaan lanjut, boleh la wsp saye ye...013-6988727
Nak tengok testimoni2 lain??? Boleh klik SINI