Assalam & salam mesra..
Hari ni nak share pasal makanan2 yang tak sesuai disimpan dalam peti sejuk..Kebanyakan orang sangka bahawa semua makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk. Ada juga yang berpendapat bahawa makanan yang sudah lama disimpan di peti sejuk masih boleh dimakan.
Namun, ada beberapa makanan yang sebaiknya tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana ia boleh merosakkan kandungan khasiat di dalamnya. Berikut adalah lima makanan yang sebaiknya tidak disimpan di dalam peti sejuk.
1. Bawang
Menyimpan bawang yang dikupas di dalam peti sejuk boleh mempercepatkan pembusukan bawang. Jika anda terpaksa melakukannya, simpan bawang dalam bekas yang boleh ditutup.
2. Semangka
Jabatan Pertanian Amerika membuat kajian bahawa semangka akan kehilangan beberapa antioksidan (likopen dan beta-karoten) jika disimpan di dalam peti sejuk.
"Antioksidan dalam makanan rentan terhadap degradasi jika ia tidak disimpan dengan betul," kata Desiree Nielsen, seorang ahli pemakanan di Vancouver.
3. Aprikot, pisang, kiwi, persik, plum dan mangga
Pusat Pengeluaran dan Pemasaran Kanada mengatakan bahwa aprikot, pisang, kiwi, persik, plum dan mangga hanya perlu diletakkan di atas meja. Dengan cara itu, buah-buahan tersebut masih dapat mempertahankan khasiatnya.
4. Tomato
Jangan letakkan tomato di dalam peti sejuk! Kenapa? Suhu yang dingin boleh membuat isi tomato menjadi empuk.
5. Kentang
Kentang harus diletakkan dalam tempat yang gelap dan kering. Anda boleh meletakannya di dalam beg kertas. Mengapa kertas? Kertas tidak akan membuat kentang cepat busuk. Dan mengapa tidak meletakkannya dalam peti sejuk? Menyimpan kentang di suhu dingin boleh mengubah isi kentang menjadi gula, yang dapat mempengaruhi rasa dan tekstur kentang.
So, mulai harini, boleh la kita tukar habit kita yang semua mende nak sumbat dalam fridge..hihihi...
Selitan iklan...untuk PROMOSI SPECIAL FURMON & PRODUK2 LAIN, taip PM PROMO MEI & send ke 013-6988727.. Chiow
No comments:
Post a Comment