Monday 20 April 2015

SET KESUBURAN SUAMI ISTERI FURMON + INTENSE ENERGIE

Assalam & selamat sejahtera..

Thanx kat korang sebab singgah blog ni.. Bile korang singgah sini maknenye korang maybe sedang mencari2 info tentang produk kesuburan kan..So, korang dah berada di tempat yang betul..hehe..Tak payah nak lengah2, ni serba sikit info tentang SET KESUBURAN SUAMI ISTERI FURMON + INTENSE ENERGIE yang tersangatlah digemari & menjadi pilihan kebanyakan pasangan2 yang nak kan kesihatan & kesuburan..Haa....kepada yang belum familliar or first time dengar pasal produk ni, kat bawah ni la rupe die..yang botol hitam gagah perkasa tu la INTENSE ENERGIE untuk suami & botol putih comey lotey tu pulak FURMON untuk isteri...



Setelah berkenalan dengan rupa, jom berkenalan pulak dengan isi kandungan & bahan2 hebat dalam  produk2 ni..

BAHAN2 DALAM INTENSE ENERGIE

✔ JUS DAUN ALOE BARBADENSIS:
Tinggi kandungan Vitamin A, C, D, B1 dan B2, Asid Amino penting dan mineral. Membantu dalam penyembuhan luka dan inflamasi kulit, mengembalikan kelembapan dan keanjalan kulit, bertindak sebagai anti bakteria dan anti kulat.

✔ JUS CITRUS AURANTIFOLIA (LIMAU):
Tinggi kandungan Vitamin C dan mengandungi Folat, Kalium, Maagnesium, Kalsium dan Vitamin A, E, K. Mempunyai fungsi sebagai antioksidan, anti mikrobial dan anti bakteria.

✔ EKSTRAK DAUN AZADARICHTA INDICA (SEMAMBU):
Dikenali sebagai daun neem yang banyak digunakan dalam perubatan herba kerana kesan penyembuhannya dan anti mikrobial yang dapat membantu dalam kesihatan.

✔ EKSTRAK BUAH SAPINDUS (SOAPNUT):
Buah asli dari negara India Utara yang banyak digunakan dalam perubatah Ayurveda. Ramuan aktif, Saponnin, dapat membantu dalam menghilangkan jerawat dan jeragat.


BAHAN2 DALAM FURMON

✔ Dioscorea villosa ( keladi liar )
Tumbuhan yang banyak didapati di Amerika Utara. Ia mengandungi bahan saponin diosgenin yang boleh ditukarkan menjadi hormone progesterone apabila berada dalam tubuh manusia.

✔ Ekstrak Aloe Vera
Aloe Vera adalah satu-satunya ramuan persolekan semulajadi yang terunggul setakat ini. Ia berkesan untuk menyerlahkan kulit, agar kelihatan lembut, licin, berseri & mengurangkan penuaan.

✔ Ekstrak Kacang Soya
Kacang soya mengandungi bahan semulajadi yang mirip kepada hormon wanita. Secara tradisional, makanan mengandungi soya telah menjadi makanan untuk penduduk Cina dan Jepun, di mana insiden-insiden penyakit kanser yang bergantung dengan hormon seperti kanser payudara dan kanser prostat adalah rendah.

✔ Ekstrak Biji Anggur
Ekstrak biji anggur merupakan faktor anti-pengoksidaan yang terunggul setakat ini, berkesan untuk mencegah kerosakan radikal-radikal bebas terhadap sel-sel, 20 kali lebih kuat daripada Vitamin C dari segi antioksidannya.

✔ Vitamin E
Vitamin E yang diserap oleh kulit akan tertinggal pada tisu-tisu kulit untuk melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas.

✔ Pine Pollen
Pine Pollen merupakan sejenis makanan spektrum luas memiliki kemampuan untuk mengubah kesihatan anda dengan cara yang betul dengan menyediakan nutrisi yang unggul dengan penting Asid Amino, pelbagai vitamin, mineral dan antioksidan. Mengandungi Androstenedione, Androsterone, Testosteron dan DHEA, Pine Pollen membantu mengekalkan dan meningkatkan jisim otot, mengoptimumkan pertumbuhan semula tisu, mengekalkan kulit yang licin dan ketat dan meningkatkan atau mengekalkan libido. Pine Pollen juga membantu dalam perkumuhan berlebihan estrogen dan meningkatkan metabolisme dan pembakaran lemak yang berlebihan.


Settle berkenalan dengan bahan2, kenal2 pulak dengan fungsi2 nye kan...

Losyen INTENSE ENERGIE bukan untuk kesuburan je, tapi jugak untuk masalah2 macam kat bawah ni : 

[✔] STROKE 
[✔] DARAH TINGGI
[✔] GOUT/ARTHRITIS
[✔] BUAH PINGGANG / BATU KARANG
[✔] SAKIT SENDI / TULANG
[✔] MASALAH KULIT / ALAHAN
[✔] RESDUNG / SINUITIS
[✔] MIGRAINE / SAKIT KEPALA
[✔] MENGURANGKAN STRESS
[✔] LENGUH BADAN
[✔]SIMPTOM PMS / SENGGUGUT / KEPUTIHAN
[✔]KITARAN HAID TIDAK TERATUR
[✔] ASMA
[✔] KELAMIN/MATI PUCUK



Krim FURMON ni sesuai untuk korang yang ade masalah2 macam kat bawah :

[✔] Sukar hamil
[✔] Hormon tak stabil
[✔] Period tak teratur
[✔] Senggugut
[✔] Cyst
[✔] Fibroid
[✔] PCOS
[✔] Endometriosis
[✔] Tiub fallopio tersumbat
[✔] Kerap keguguran
[✔] Keputihan  


Untuk senarai harga terkini, boleh rujuk SINI ye..
OK..Tu je info buat masa ni..untuk pertanyaan lanjut bolehla whatsapp saya terus ye..013-6988727




Friday 17 April 2015

Makanan2 yang boleh meningkatkan kesuburan

Assalam & selamat sejahtera kepada semua readers.. Ramai jugak customer yang tanye kite, apekah makanan yang boleh meningkatkan kesuburan..So, kat sini, saya share serba sikit makanan yang insyaAllah boleh membantu kesuburan..Korang boleh la cuba amalkan ye.. =)

1. Air - Sebaiknya minum air mineral atau air yang ditapis. Dicadangkan minum 8 liter air sehari..
Kalau bukan untuk kesuburan pun, 8 liter air memang diperlukan badan kita setiap hari untuk kekal sihat..Ingat! Bukan air manis ye..hehe


2. Sawi dan ulam-ulaman - mengadungi banyak vitamin2, zat besi/iron dan antioxidant yang penting bagi kesihatan dan kesuburan. Folic penting untuk penetasan telur yang berkualiti, mencegah kecacatan bayi serta mengurangkan risiko gugur.
Sebab tu wanita2 yang nak hamil & sedang hamil dinasihatkan untuk makan Asid Folik setiap hari
Kami jual asid folik dengan RM10 sahaja untuk 30 biji..Klik SINI


3. Sayur2 berwarna kuning, oren dan merah  - mengadungi banyak vitamin2 dan antioxidant untuk mencegah penyakit dan meningkatkan kesuburan.
Contohnya lobak merah, tomato dll


4. Kobis, lobak merah, brokoli, kacang hijau, keledek merah - mengandungi banyak zat dan khasiat yang boleh membetulkan kitaran haid, menyeimbangkan hormon subur dan seterusnya meningkatkan kesuburan.
Kalau korang rase sawi pahit, boleh la lebihkan makan sayur2 yang no. 4 ni.. :D


5. Betik, jambu batu, buah naga, semangka, buah limau nipis/kasturi - kaya dengan vitamin2 khususnya vitamin C yang penting untuk kesihatan dan kesuburan..
Haaa..yang ni lagi best..sedap gile kot buat jus buah naga tu wehhh..cannot resist!




So, sebenarnye makanan2 semulajadi ciptaan Allah untuk menambah kesuburan ni sebenarnye sedap2 belaka. Jadi jom la kite sama2 amalkan makanan2 ni dalam menu harian kite.. Bukan setakat subur je, kesihatan badan pun kite akan dapat sekali..InsyaAllah..


Need free consultation?? WhatsApp 013-6988727 - Rose


Wednesday 15 April 2015

APA ITU PCOS & TANDA2 NYA

Biasa kita dengar orang dok sebut PCOS PCOS PCOS .. tau sikit2 la tapi tak pasti sangat kan? sebenarnye PCOS tu stand for Polycystic Ovary Syndrome..

TANDA-TANDA PCOS

1. Tidak Subur atau Mandul

Kebanyakan pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan kerana mereka mengalami masalah sukar hamil walaupun sudah beberapa tahun berkahwin & masih belum mendapat zuriat walaupun telah lama mencuba. Ada yang berjaya mendapat anak pertama tetapi gagal untuk hamil lagi selepas itu dan mereka ini mudah mengalami peningkatan berat badan serta berlaku secara mendadak.



2. Haid Tidak Teratur

Tanda yang biasa bagi pesakit PCOS ialah kitaran haid yang tidak teratur, lambat datang haid dan kadang-kadang jarak antara haid begitu jauh sekali mencecah hingga 3 atau 6 bulan barulah datang haid yang berikutnya. Dan ada sesetengah wanita pula sampai setahun tidak datang haid.



3. Gemuk

Peningkatan berat badan menyebabkan seseorang wanita itu mengahadapi masalah kegemukan atau ´obese´, malah peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur. Dan tahap kesuburan mereka sangat rendah ataupun langsung tidak subur kerana telur kecil & tidak matang.



4. Darah Haid Sedikit atau/dan Berpanjangan

Wanita yang mengidap penyakit PCOS akan mengalami haid yang sangat sedikit iaitu hanya menitis selama dua atau tiga hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami perdarahan yang berpanjangan hingga 15 ataupun 30 hari tanpa berhenti. Hal ini tidak terjadi pada wanita normal yang mana haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu.



5. Tumbuh Rambut/Bulu 
Tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut/bulu pada kaki, tumbuh misai dan janggut serta juga tumbuh rambut/bulu pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini menandakan peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita tersebut dan merupakan satu keadaan yang sering berlaku di kalangan pengidap penyakit PCOS ini.


PUNCA PCOS
Punca sebenar bagi penyakit ini masih tidak diketahui. 

- Salah satu mungkin kerana keadaan semulajadi di mana terdapat kelainan atau gangguan pada enzim yang mengawal pembentukan hormon. Maka apabila paras hormon dalam darah dikaji, dapat dikesan wanita tersebut mengalami gangguan dalam hormon kesuburan mereka iaitu tahap hormon FSH (normal), LH – tinggi, hormon estrongen – tinggi, hormon progesterone – rendah,  hormon testosterone (iaitu hormon lelaki) -meningkat tinggi. 

- Peningkatan berat badan juga ada kaitan dengan peningkatan hormon testosterone dengan estrogen dalam darah wanita tersebut.

- PCOS juga mungkin disebabkan oleh ciri atau pengaruh kebakaan dan keturunan dalam penyakit ini malah faktor pemakanan iaitu dari segi tabiat dan jenis makanan yang mengandungi banyak karbohaidrat dan gula, perisa dan pengawet makanan mungkin menyumbang kepada kejadian PCOS. 

- Faktor stress atau tekanan fizikal dan mental yang berlaku di pejabat dan rumah juga menyebabkan masalah PCOS


BAGAIMANA FURMON MEMBANTU MASALAH PCOS?

Mudah sahaja. Apabila kita sapu Furmon di bahagian bawah pusat, krim akan meresap dan mengaktifkan kelenjar hormon. Furmon akan membantu menstabilkan hormon dalam badan kita. Hormon yang rendah akan ditingkatkan & hormon yg berlebihan akan dikurangkan sehingga stabil.
Bila hormon dalam badan mula stabil, automatik haid juga akan teratur setiap bulan. Bila haid teratur, insyaAllah proses ovulasi akan berlaku & furmon juga membantu mematangkan telur atau ovum. Masalah senggugut juga dapat dikurangkan. Biasanya customer kata, masalah senggugut memang terus hilang lepas sapuan Furmon.. ;)
Sapuan yang terbaik ialah sebanyak 4 kali sehari atau sekurang2nya 2 kali sehari.


TESTIMONI FURMON MEMBANTU MASALAH PCOS








Haaa..Amacam?? Puas hati tengok testimoni? Nak jadi sebahagian dari testimoni?? Maka korang perlu lah cuba sendiri Furmon ni..InsyaAllah berkesan..cuma RM210 sahaja untuk kesihatan & kesuburan diri sendiri.. 

Nak konsultasi PERCUMA?? WhatsApp je terus no ni ye..013-6988727 - Rose




** Segala yang baik2 itu hanya dari ALLAH...yang buruk2 adalah atas kelemahan saya sendiri **












SET KESUBURAN SUAMI ISTERI PALING BERKESAN...INSYAALLAH

Huh..tajuk tak nak kalah kan??..haha..tapi memang betul pun, Alhamdulillah ramai yang dah berjaya hamil hasil dari keberkesanan set Furmon & Intense Energie Lotion ni..Kat bawah ni saya sertakan beberapa testimoni terkini pelanggan2 kami..jemput baca ya..semoga awak akan rase semangat lepas baca testimoni2 ni..sebab diorang semua ni ada macam2 masalah macam awak jugak..jadi jangan putus asa or sedih or rase takde harapan ok... ;)

Sebelum lupa, whatsapp 013-6988727 kalau ade ape2 nak tanye..jangan segan2 tau...














Monday 13 April 2015

Fungsi Furmon





Krim FURMON ni sesuai untuk korang yang ade masalah2 macam kat bawah...

[✔] Sukar hamil
[✔] Hormon tak stabil
[✔] Period tak teratur
[✔] Senggugut
[✔] Cyst
[✔] Fibroid
[✔] PCOS
[✔] Endometriosis
[✔] Tiub fallopio tersumbat
[✔] Kerap keguguran
[✔] Keputihan


PM @ whatsApp 013-6988727 untuk pertanyaan =)

Sunday 12 April 2015

Cara Penggunaan Furmon, Intense Energie & Vitamin2 Kesuburan



Cara sapuan FURMON untuk kesuburan






Cara sapuan INTENSE ENERGIE LOTION untuk kesuburan






Cara pengambilan vitamin2 kesuburan

ZINC COMPLEX - 1 biji sehari
B COMPLEX - 1 biji sehari
ASID FOLIK - 1 biji sehari




P/S : Kalau tak faham tengok gambar2 di atas, kami akan terangkan dengan lebih lanjut selepas pembelian ye.. WhatsApp kami untuk respon pantas... 013-6988727

Set subur mana yang sesuai?




Assalam & Hi semua..

Ramai customer memang akan tanya soalan seperti tajuk di atas kepada saya.. So biasanya saya akan tanya semula adakah customer suami isteri dah pernah berjumpa dengan mana2 doktor pakar sakit puan? Kalau jawapannya YA, saya akan cuba cadangkan set berdasarkan masalah diorang yang dah disahkan oleh doktor pakar tu.. Kalau jawapannya BELUM, saya akan tanya beberapa soalan berkaitan haid bulanan, ada senggugut atau tak dan beberapa lagi soalan berkaitan. Seterusnye saya akan bagi cadangan set yang sesuai dengan masalah atau keadaan masing2 berserta HARGA nya sekali.. Saya bukanlah pakar atau doktor, tapi insyaAllah boleh bantu berdasarkan sedikit pengalaman & pengetahuan tentang produk.. =)

Dan lagi satu soalan yang customer suka tanya selepas tu ialah, 'ada tak akak jual produk subur yang murah2 sikit?' Bila customer tanya camtu, automatik kite paham yang customer rasa harga set yang kita bagitau tadi tu maybe mahal..ok takpe..jawapannya ialah YA..ADA YANG MURAH..ade set subur isteri yang berharga serendah RM30 sahaja..cukup untuk sebulan..ibaratnya kita belanjakan RM1 sehari untuk subur..kire ok la tu kan..hehe.. untuk tengok set2 subur bajet tu boleh la klik SINI ye..

Kesimpulannya, untuk pilih set subur mana yang sesuai perlulah berdasarkan bajet kita dulu.. Yang paling penting sekali ialah tak putus asa berdoa, berusaha dan selebihnya serahkan saja pada ALLAH.. DIA yang tentukan rezeki, kesuburan, kesihatan & segala2nya tentang kita.. Kita cuma teruskan usaha setakat kemampuan kita....Ok?? ;)

Nak konsultasi PERCUMA?? Do not hesitate to whatsApp this no ya...013-6988727 - Rose.. InsyaAllah akan cube reply pertanyaan korang sebaik mungkin.. Jangan segan2 untuk tanya apa2..Tak beli pun takpe =)


Friday 10 April 2015

Furmon mahal?



Assalam & selamat sejahtera kepada semua readers..Terima kasih sebab sudi singgah blog ni.. Ok..straight to the point..Memang tak dinafikan, lepas je Furmon kembali kepada harga asalnye iaitu RM210, memang kebanyakan customer rase macam...'alamakkk!mahalnyeeee'... kite rase macam nak kate, 'tula..nape tak grab mase harga promosi RM198 dulu..yang dapat gift berkoyan2..vitamin2 + OPK, UPT semue tuh..'  hihi...kite memang sayang semua customer & bakal customer so memang kite takkan kate camtu la kat diorang..lagi pun kite tak tau ape masalah customer kan..maybe memang x cukup duit or terlupe ke or ape2 jela reason diorang.. walaupun sebenarnye promosi RM198 tu sangat lame iaitu dari awal2 Furmon mula keluar, hujung 2013 sampai la ke Februari 2015. Haaa..lame kan? Kalau kumpul sehari seringgit pun insyaAllah memang dah dapat beli sebotol kot..hihi...




Ye..memang angka 210 tu agak besar dan nampak mahal... Tapi cube kite tengok pulak, harga handbag or jubah/abaya kita.. kadang tu harga nye lebih kurang je dengan harga furmon ni kan..silap2 lagi mahal, betul tak??? :p .. Tapi kite rilek je boleh beli barang2 tu sebulan sekali kann..

So apa yg saya nak tekankan kat sini ialah, kite kene tengok & fikir semula apa tujuan kite beli Furmon.. Kalau takde tujuan, memang kite telah berjaya membazir sebanyak RM210.. haha.. Tapi kalau tujuan kite ialah nak ikhtiar dapat zuriat, nak ok kan semula period yang dah tak datang berbulan2, nak kecutkan cyst atau fibroid yang tunggu masa untuk operate je, maka RM210 itu sangatla murah jika nak dibandingkan dengan hasil positif yang bakal kite dapat nanti...insyaAllah... RM210 tu confirm murah kalau nak dibandingkan dengan kos pembedahan..RM210 tu jugak sangatlah murah nak dibandingkan dengan kesakitan akibat senggugut tiap2 bulan..dan saya jamin, RM210 tu sangatla celah gigi bile rezeki baby yang dinanti2 selama bertahun2 akhirnya dikurniakan Allah selepas penggunaan Furmon...haa..amacam??

Furmon RM210 ni insyaAllah memang sangat berbaloi sebab krim ni berteknologi nano yang mampu menyerap dengan pantas ditambah lagi dengan cara sapuan yg sangat mudah & lain dari yang lain.. Yang paling penting skali ialah, Furmon ni mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia..So tak perlu ragu2 untuk mencuba... Kalau ada apa2 masalah sepanjang penggunaan krim, boleh berhubung dengan seller anda atau dengan pakar Furmon kami.. Anda takkan dibiarkan terkontang kanting sendirian hokeh.. InsyaAllah kami akan guide anda bila diperlukan..

Akhir kata, jangan marah dengan entry ni okeh.. Kite nak bawak korang melihat nilai RM210 tu dari sudut berbeza sikit..Entry ni bukan untuk promot tau..tapi lebih kepada penceritaan..haha..tapi kalau minat nak cube tu, boleh la whatsapp 013-6988727 .. :D

Nak tau info & serba sikit testimoni, klik SINI


** Segala yang baik semuanya dari ALLAH & kekurangan semuanya datang dari diri saya sendiri **