Sebenarnya tak payah susah2 nak cari apa punca curang.. Buat penat je.. Sebab ape, sebab nak kata tak bahagia sebab takde anak, yg anak 3 pun curang.. Nak kata bini selekeh tak berdandan, yg cantik bak barbie pun dicurangi.. Nak kata bini sibuk 24 jam tak jaga rumahtangga makan pakai suami, yg surirumah ni la banyak kena madu dalam diam..
Berdasarkan ape yg jadi kat depan mate ni, sis nak buat kesimpulan mudah iaitu HATI YANG CURANG IALAH HATI YANG JAUH DARI ALLAH.. Simple..Memang yg cenderung untuk curang, tak kira la yg lelaki @ perempuan tu, memang sejenis yg tak jaga solat & tak sepenuhnya menunaikan kewajipan sebagai org Islam.. Maksudnye tak berusaha sebaik2nya menjaga hubungan dengan Allah.. Sis bukan langsung nak perasan baik.. Jauh sekali nak judge ibadah orang.. tapi bab2 ibadah wajib tu memang kite boleh nampak orang tu buat ke tak kalau orang tu ahli keluarga terdekat kita sendiri kan.. Dah ditegur pun memang tak jalan.. Makanya, bila datang masalah perceraian atau rumahtangga berantakan ni, kita boleh nampak puncanya dari mana..
Semua orang ade masalah rumahtangga masing2.. Tapi sebelum memilih jalan singkat dengan mengambil 'skandal' sebagai penyelesaian, apa kata bincang dulu elok2.. Apa yang kita tak berkenan dengan pasangan tu, beritahu terus terang secara berhemah..Jangan kau first time tegur terus secara memetir.. huhu.. Kalau dah berkali2 tegur pun masih tak nak berubah, so kau warning pasangan, acah2 nak cari pasangan baru kalau dia masih dengan perangai tak semenggah tu.. Sis yakin pasangan kau akan sentap dan insyaAllah akan cuba berubah slow2.. Di samping tu, kau kan tahu doa tu senjata ampuh orang mukmin.. Maka berdoalah.. Sebab tu pentingnye solat..Lepas solat kita mesti doa kan? Ambik kesempatan tu untuk doa sungguh2.. Allah lah yang jentik hati hamba2nya untuk berubah ke arah kebaikan..
Kalau ade waktu2 santai tu, ajak pasangan tengok cerita2 tv yang berkaitan kecurangan. Tengok apa akibat nye pada emosi pasangan, anak2 & keluarga.. Contohnye cerita kat TV3 sekarang ni.. Cinta Bukan Kristal..hahah
Sis cerita ni pun sebagai peringatan untuk diri sendiri.. Mudah2an kita dijauhkan Allah dari masalah orang ketiga dan rumahtangga kita semua sentiasa dipelihara.. Kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga semua untuk kita.. Sebab bab2 kecurangan ni memang susah nak dikesan.. Nak2 lagi dapat pasangan licik dan licin macam belut elektrik.. Nak tangkap susah, bila dah dapat tangkap, direnjatnye pulak kite.. haha
InsyaAllah next entry, sis nak cerita pasal sorang kenalan sis yang dah lama kawin tapi masih belum dikurniakan rezeki zuriat sampai suami kawin lain.. Ada sesuatu yang mengejutkan berlaku pada diorang.. Nak tau?? Tunggu next entry ye :)
Borgata Hotel Casino and Spa - Mapyro
ReplyDeleteFind casino and resort 대구광역 출장샵 information, reviews 오산 출장안마 and photos. Leave a 천안 출장샵 rating and explore other popular content. Borgata Hotel 구미 출장안마 Casino and Spa. Rating: 3.1 광주광역 출장마사지 · 8 reviews