Salam kemerdekaan ke 58.. Jom kita baca serba sikit info tentang kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy..
APA ITU KEHAMILAN DI LUAR RAHIM?
Dalam bahasa Inggeris, istilah ini dipanggil ectopic pregnancy. Perkataan ectopic bermaksud "di tempat yang salah". Dan seperti namanya, kehamilan di luar rahim bermaksud kehamilan yang membesar di luar rahim ibu.
MENGAPA KEHAMILAN DI LUAR RAHIM BERLAKU?
Telur yang telah disenyawakan biasanya mengambil masa lima hingga enam hari untuk bergerak melalui tiub fallopio dari ovari ke rahim di mana ia akan diimplantasi dan mula berkembang. Sebab yang paling biasa kehamilan seperti ini berlaku ialah apabila tiub tersebut telah rosak, menyebabkannya tersumbat atau sempit, lantas menghalang telur tersebut daripada sampai ke destinasinya. Oleh itu, ia akan terimplan di dinding tiub, bukannya di dinding rahim.
SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGALAMINYA?
Kehamilan di luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita, tetapi ada situasi-situasi tertentu yang meningkatkan risiko ini. Ini termasuk:
- Jika anda pernah menghidap penyakit radang pelvik (pelvic inflammatory disease - PID) yang sering kali disebabkan oleh jangkitan kelamin klamidia (chlamydia) dan menyebabkan kerosakan dan luka pada tiub fallopio. Terdapat tanda-tanda PID dalam separuh daripada kes kehamilan di luar rahim yang dibedah.
- Jika anda mengalami endometriosis tiub. Anda lebih berisiko kerana ini meningkatkan risiko calar dan luka pada tiub falopio.
- Jika anda pernah membuat pembedahan di bahagian perut, termasuk pembedahan membuang apendiks, caesarean atau pembedahan pada tiub falopio seperti pembalikan sterilisasi (sterilisation reversal).
- Jika anda hamil melalui kaedah IVF. Anda seharusnya membuat imbasan awal untuk melihat di mana embrio telah diimplantasi.
- Jika anda menggunakan IUD yang mengeluarkan hormon progesteron (IUS, juga dikenali sebagai lingkaran Mirena) atau jika anda mengambil pil mini pencegah kehamilan. Kedua-duanya dikaitkan dengan kadar kehamilan di luar rahim yang sedikit tinggi.
- Jika anda merokok.
- Jika anda pernah mengalami kehamilan di luar rahim. Risiko anda meningkat daripada 1 dalam 100 kepada 1 dalam 10.
- Risiko hamil di luar rahim juga meningkat apabila umur semakin bertambah.
BOLEHKAH FURMON MEMBANTU?
Ya, InsyaAllah Furmon dapat membantu mengurangkan risiko kehamilan di luar rahim. Hanya dengan sapuan sekurang2nya 2 kali sehari (sapuan 3-4 kali sehari adalah terbaik) secara konsisten akan dapat membersihkan tiub fallopio yang tersumbat atau sempit yang mungkin boleh menghalang telur yang telah disenyawakan untuk diimplantasi.
TESTIMONI PENGGUNA YANG PERNAH MENGALAMI KEHAMILAN DI LUAR RAHIM
TESTIMONI PENGGUNA YANG PERNAH MENGALAMI MASALAH TIUB TERSUMBAT
Untuk sebarang pertanyaan atau order, boleh terus wsp +60136988727
No comments:
Post a Comment